Selamat datang ke dunia matematik.. Dunia yang mempunyai banyak misteri matematik yang inginkan penyelesaian anda....
Thursday, 5 April 2012
Teknik Belajar Matematik
Hi, pelajar dan pembaca blog saya yang saya kasihi sekalian. Selagi anda melayari blog matematik ini bermaksud anda mempunyai sedikit minat dalam matematik. Matematik merupakan satu mata pelajaran dan sentiasa digunakan secara meluas di dalam kehidupan seharian. Maka ada pelajar yang menganggap bahawa MATEMATIK merupakan satu subjek yang sukar. Lebih serius lagi, mereka benci akan matematik!
Mungkin terdapat banyak faktor yang menyebabkan pelajar tidak suka akan subjek Matematik seperti faktor pengajar, faktor suasana keluarga atau mereka memang tidak berminat langsung terhadap dunia Matematik. Sebenarnya sekiranya pelajar mengetahui teknik dan cara yang betul untuk belajar, pelajar mampu menguasai subjek tersebut dan mendapat keputusan yang cemerlang.
Teknik
1) Semasa di dalam kelas, sentiasa jangan segan untuk bertanya soalan kepada guru matematik. Pelajar juga dinasihatkan untuk membaca sepintas secara bersendirian sebelum kelas bermula.
2)Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Ini bermaksud pelajar perlulah membuat latihan untuk menguasai sesuatu topik, bukan membacanya. Semakin banyak pelajar buat latihan, semakin cekap dan cepat dia menjawab soalan matematik. (Ingat! Jangan buat 100 soalan tentang topik yang sama sekaligus. Buatlah macam 10 soalan untuk topik ini dan tukar lagi. Kalau tidak, kamu akan berasa bosan dan seterusnya benci akan matematik lagi.)
3) Masa mengulang kaji adalah fleksible dan terpulang kepada pelajar. Pelajar boleh mengulangkaji bersama kawan juga untuk meminta tunjuk ajar daripada mereka.
4) Dapatkan soalan-soalan lepas. Soalan -soalan lepas adalah gambaran tentang apa yang perlu kita tahu dalam subjek matematik.
Yang akhir sekali,pelajar perlu mempunyai azam dan kemahuan untuk menguasai subjek matematik. Pelajar haruslah tidak berputus asa sehingga berjaya menguasai semua mata pelajaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment