Pendidikan Matematik merupakan satu mata pelajaran wajib dari tadika sampai sekolah menengah. Kebanyakan kursus yang ditawarkan di universiti juga banyak merangkumi unsur matematik. Setiap hari, kita menggunakan matematik dalam kehidupan seharian kita. Kita tidak boleh lari daripadanya sama ada kita suka ataupun tidak. Semasa membeli-belah, kita menggunakan matematik. Semasa memasak di dapur, kita menggunakan matematik juga.
Selain daripada itu, matematik merupakan satu warisan budaya di mana hasil-hasil seni dilukis dan dibina. Lihat sahaja kepada bangunan Petronas Twin Tower yang tersergam indah di ibu kota kita, Kuala Lumpur, tanpa adanya matematik maka, tiadalah jurutera dan arkiteksnya yang berkaliber. Memandangkan matematik sangat memainkan peranan dalam kehidupan kita, ianya merupakan satu fungsi ekonomi bagi menentukan siapa yang berada di atas dan siapa yang berada di bawah. Pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan, pastinya memerukan penguasaan matematik yang tinggi. Malah di peringkat rendah sekalipun, matematik sangat mempengaruhi jenis pekerjaan yang layak dipohon oleh seseorang individu. Akhirnya, matematik ini berperanan untuk membentuk satu komuniti saintifik dan teknikal yang menjadi faktor penentu kerjaya seseorang individu.
Untuk mengelakkan mata pelajaran pendidikan matematik menjadi sukar, boring, dan membosankan, sebagai seorang guru pendidikan matematik yang berkaliber, beliau haruslah mencipta suasanna pembelajaran menarik yang menggalakkan budaya pemikiran matematik. Beliau juga haruslah mempunyai semangat komited kepada pelajar. Guru haruslah menerapkan nilai matematik dan perfahaman dalam kalangan pelajar supaya mereka lebih menarik dengan mata pelajaran tersebut.
Sebagai seorang pelajar, pelajar haruslah tidak takut akan matematik tetapi cuba 'berkawan' dengan matematik. Matematik tidak menakutkan. Hal ini demikian kerana pelajar harus memahami konsep matematik seperti mengetahui latar belakang kawan. Dont ever judge the book by its cover. Sekiranya memahami kawan, pelajar akan mendapati bahawa kawan mereka sebenarnya tidak menakutkan tetapi merupakan seorang kawan yang mesra.
Sebagai kesimpulan, matematik amat mempengaruhi kehidupan seharian kita dari zaman nenek moyang kita sampai sekarang dan juga masa depan. Ini hakikatnya. Semua pihak haruslah berusaha untuk menjadikan dan melahirkan pemikir matematik yang mempunyai keupayaan analitikal yang baik.
No comments:
Post a Comment